Nadzman
TUAN HAJI NADZMAN BIN MUSTAFFA
AMK., BCK.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Emel : nadzman[at]kedah.gov.my

 

Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah sebuah organisasi yang dipertanggungjawab untuk menguruskan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman. Bahagian Sumber Manusia  komited dalam merealisasikan visi dan misi kerajaan dan juga memberi fokus kepada menyediakan sumber manusia sektor awam kerajaan negeri yang berprestasi tinggi, berintigriti dan mempunyai pengetahuan yang luas bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

 

Untuk mencapai matlamat ini, Bahagian sumber manusia bergerak secara aktif dalam perancangan pentadbiran sumber manusia. Penghasilan idea-idea baru dan penambahan nilai sumber manusia amat ditekankan bagi anggota.

 

Melalui tenaga kerja yang digerakkan secara intensif di setiap cawangan Bahagian Sumber Manusia  yakin dengan pembaharuan dan peningkatan dalam pentadbiran yang sedang, telah serta akan dilaksanakan bagi membantu kerajaan negeri mencapai matlamatnya dengan berkesan.

 

Hubungi:

Setiausaha Bahagian
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman
05503 Alor Star
Kedah Darul Aman.

 

Tel    : 04 - 702 7000
Fax   : 04 - 702 7700
Emel : psm[at]kedah.gov.my