• Merancang, menyelaras dan membangunkan skim perumahan Rancangan Perumahan Awam (RPA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah.
  • Memastikan projek-projek skim perumahan RPA/PPR yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman disiapkan dengan sempurna.
  • Mengenalpasti pemohon-pemohon skim perumahan RPA/PPR yang berkelayakan untuk ditawarkan rumah di bawah Sistem Pendaftaran Terbuka Berkomputer (SPTK).
  • Menyelenggara dan mentadbir skim perumahan RPA/PPR dengan baik untuk menjamin kemudahan dan kesempurnaan hidup penghuni-penghuni.
  • Mengutip hasil iaitu bayaran sewa ansura bulanan daripada penghuni-penghuni dengan sempurna dan teratur setiap bulan.
  • Mewujudkan sikap dan amalan yang baik seperti bersatupadu dan bertanggungjawab di kalangan penghuni-penghuni di skim perumahan RPA/PPR berkenaan.