Hamri
ENCIK MOHD HAMRI BIN ABIDIN
AMK., BCK. 
 
Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pada awalnya aktiviti pengkomputeran Kerajaan Negeri Kedah diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN). Unit ini bertanggungjawab kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan). Satu seksyen IT dengan perjawatan kontrak iaitu dua (2) orang Juruanalisa Sistem dan dua (2) orang Pengaturcara telah diadakan. Seksyen ini diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan melaksanakan program IT di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

 

Pada tahun 1997, dengan perkembangan dan permintaan aktiviti pengkomputeran di peringkat jabatan yang bertambah, Kerajaan Negeri telah meluluskan supaya satu jabatan iaitu Pusat Komputer Negeri diwujudkan bagi memantau dan menguruskan projek/program ICT Kerajaan Negeri secara menyeluruh.

 

Pentabiran Pusat Komputer Negeri selaku jabatan baru di bawah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) telah mula secara rasminya 12 Disember 1997. Ianya ditempatkan di Aras 1, Blok C, Wisma Darul Aman.

 

Proses pengambilan perjawatan tetap dijalankan secara berperingkat dan selesai sepenuhnya pada April 1998 dengan 16 perjawatan yang diluluskan. Bagi tujuan menyokong operasi pentadbiran perjawatan sokongan iaitu Pembantu Am Rendah (N1) dan Pemandu (R3) telah disediakan melalui perjawatan gunasama Bahagian Pentadbiran Am Dan Kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Dengan itu menjadikan perjawatan keseluruhannya ialah 18 orang.

 

Pada tahun 2000, Pusat Komputer Negeri telah dinamakan semula dengan Pusat Teknologi Maklumat Negeri atau singkatannya ialah PTMK. Ianya diselaraskan mengikut penamaan organisasi ICT di peringkat Negeri dan Kementerian di Jabatan Persekutuan. PTMK kini berperanan sebagai organisasi utama yang bertanggungjawab mengurus dan merancang projek/program pembangunan Teknologi Maklumat dan Infrastruktur Komunikasi Jabatan Kerajaan Negeri Kedah.

 

Pada tahun 2009, berlaku proses kenaikan pangkat di kalangan 4 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) iaitu dari gred F29 menjadi gred F32. Hanya 2  PPTM gred F32 yang dikekalkan dalam PTMK dan 2 lagi telah ditukarkan ke jabatan lain.

 

Pada tahun 2010, 4 perjawatan baru diperolehi oleh PTMK  iaitu untuk perjawatan sokongan, yang terdiri dari  2 orang Juruteknik (FT17), seorang pembantu tadbir (N17) tetap dan seorang pembantu tadbir (N17) sementara . Dalam tahun ini juga perjawatan OMPD (F11) telah dijumudkan dan ditukarkan ke perjawatan Pembantu Tadbir N17.  Bermula 1 Mac 2011 semua OMPD telah ditukarkan ke jabatan lain memandangkan tiada perjawatan N17 di PTMK. Dalam masa yang sama 1 perjawatan baru diterima iaitu seorang Ketua Pembantu Tadbir (N22). Jumlah keseluruhan perjawatan telah menjadi 15 orang.

 

Pada 16 Ogos 2011, kekosongan jawatan PPTM (F29) telah diisi. Seramai 4 orang pegawai baru telah mendaftarkan diri dan ini menjadikan bilangan staf keseluruhan di PTMK adalah seramai 19 orang. 

 

Hubungi:

Pengarah
Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri Kedah 
Aras 2, Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

 

Tel    : 04-702 7070
Fax   : 04-702 7800
Email : ptmk[at]kedah.gov.my