Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi
A- A A+

MUKHRIZ JAMIN TUNAI JANJI

17mukhriz

ALOR SETAR 17 Jun - Kerajaan negeri sekali lagi memberi jaminan akan menunaikan satu per satu seperti dijanji dalam manifesto Pakatan Harapan (Harapan) negeri kepada rakyat Kedah terutamanya isu bekalan air di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihak nya sedang dalam usaha menunaikan segala janji yang dinyatakan dalam kempen PRU lalu.

Untuk rekod, salah satu janji kerajaan Harapan Kedah adalah mengenai masalah air.

“Setakat ini, tindakan sudah diambil di tempat-tempat yang berlaku masalah air dan laporan tempat berkenaan mendapat bekalan air yang mencukupi juga sudah diterima.

“Ada juga kawasan lain berlaku masalah air. Pihak kita sentiasa berusaha menyelesaikan masalah bekalan air dalam kadar segera supaya penduduk dapat menerima bekalan air yang mencukupi,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah di kediaman rasminya di Seri Mentaloon, di sini, tadi.

Lebih 20,000 orang mula membanjiri majlis itu sejak jam 11 pagi.

Tetamu jemputan khas yang hadir ialah Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Datuk Azumu dan isteri, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan isteri Dr Hamidah Mat serta semua barisan exco kerajaan negeri.

Mukhriz turut mengucapkan terima kasih bagi pihak keluarga dan kerajaan negeri kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka yang sangat bermakna buat dirinya.

“Kehadiran rakyat Kedah amat bermakna buat diri saya sebagai Menteri Besar Kedah selepas selang dua tahun dapat meraikan Hari Raya sekali lagi.

“Sokongan rakyat sangat penting kepada kerajaan negeri yang terbaru ini. Saya turut terharu dengan sumbangan disalurkan kepada Tabung Harapan yang kini sudah mencecah RM75 juta. Ini menunjukkan setiap masyarakat sanggup berkorban dalam meringankan beban kerajaan demi masa depan yang lebih cerah.

“Bukan sahaja sumbangan wang di peringkat kerajaan negeri, saya meminta kerjasama semua untuk memberikan sokongan dan dokongan ke atas dasar yang hendak dilaksanakan. Tegurlah kalau ada salah supaya ia dapat membawa kepada kebaikan semua,” katanya.

Oleh : Gokina Morganan

Sumber : Sinar

          HUBUNGI : Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4 Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
1tel+604 774 4000 | 1fax +604 774 4166 | 1gps6.146159, 100.370402
1emel portalkedah[at]kedah.gov.my, korporatsuk[at]kedah.gov.my
                   

PENGIKTIRAFAN

3ISO
Peta Laman
| Notis Hakcipta | Penafian |
Bantuan W3C


Hakcipta © 2017 Kerajaan Negeri Kedah

1fb 1tweet 1blog 1utube 1rss      
 
  • Tarikh Kemaskini: 17/07/2018.