Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi
A- A A+

NAIK TARAF TERMINAL FERI KUALA KEDAH

2naik

KUALA KEDAH 2 Julai - Projek naik taraf Terminal Feri Kuala Kedah dengan peruntukan RM208 juta akan dijalankan pada tahun depan, walaupun peralihan kuasa berlaku selepas PRU14.

Exco Pengangkutan, Azman Nasrudin berkata, kerajaan negeri tetap akan meneruskan projek berkenaan seperti biasa menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Beliau berkata, projek naik taraf berkenaan akan dimulakan tahun depan selepas tender projek secara terbuka diadakan pada bulan Disember nanti.

“Terminal Feri Kuala Kedah merupakan antara pintu masuk ke Pulau Langkawi. Bagaimanapun, terminal sedia ada berkenaan sudah pun terminal lama.

“Justeru, kerajaan pusat melalui RMK 11 meluluskan peruntukan dana RM208 juta untuk pembinaan semula kepada jeti baharu demi memberi keselesaan kepada penumpang.

Beliau berkata sedemikian dalam sidang media ketika lawatan kerja dan taklimat projek Terminal Feri Kuala Kedah oleh Jabatan Laut Wilayah Utara, di sini, siang tadi

Turut hadir, Adun Kuah, Mohd Firdaus Ahmad, Adun Kuala Perlis, Nor Azam Karap dan Pengarah Jabatan Laut Wilayah Utara, Kapten Abdul Samad Shaik Osman.

Menurutnya, pembinaan semula terminal feri baharu dijangka mengambil masa selama tiga tahun.

Azman berkata, kerja-kerja menaik taraf projek akan berjalan secara berperingkat kerana mengambil kira semua pihak terlibat, antaranya pemindahan penduduk tempatan yang rata-ratanya nelayan.

Menurut Azman, pembinaan semula terminal feri berkenaan amat diperlukan demi menampung jumlah penumpang untuk ke Pulau Langkawi.

“Pembinaan amat penting kerana jeti sedia ada sudah tidak cukup untuk tampung jumlah penumpang. Lagipun, ia melambangkan imej negeri sebagai pintu masuk untuk ke Langkawi,” katanya.

Beliau berkata, projek pembinaan terminal baharu berkenaan dijangka mampu menarik kehadiran 2.4 juta penumpang setahun berbanding hanya 1. 2juta penumpang setahun ketika ini.

Azman berkata, terminal baharu dilengkapi pelbagai kemudahan, seperti parkir kenderaan bertingkat dilihat dapat memberi keselesaan kepada penumpang, sekaligus meningkatkan industri pelancongan di Kedah.

Dalam perkembangan lain, sistem pintu automatik khas untuk bagasi penumpang di terminal feri akan diperkenalkan bagi memudahkan pelancong.

“Bagi peringkat permulaan, pintu automatik akan dipasang di Terminal Feri Kuah, Langkawi dan Kuala Perlis pada September depan,” katanya kepada media.

Oleh : Nurul Hidayah Hamid

Sumber : Sinar

          HUBUNGI : Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4 Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
1tel+604 774 4000 | 1fax +604 774 4166 | 1gps6.146159, 100.370402
1emel portalkedah[at]kedah.gov.my, korporatsuk[at]kedah.gov.my
                   

PENGIKTIRAFAN

3ISO
Peta Laman
| Notis Hakcipta | Penafian |
Bantuan W3C


Hakcipta © 2017 Kerajaan Negeri Kedah

1fb 1tweet 1blog 1utube 1rss      
 
  • Tarikh Kemaskini: 17/07/2018.