Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi
A- A A+

PERTIMBANG PROJEK LAPANGAN TERBANG

14pertimbang

KULIM 14 Julai - Projek lapangan terbang antarabangsa Kulim (KXP) mempunyai keperluan dilaksanakan bagi menampung permintaan industri penerbangan di sini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata kewujudan satu lapangan terbang antarabangsa di kawasan ini adalah wajar untuk menampung kepadatan lapangan terbang, Pulau Pinang.

Menurutnya, keadaan lapangan terbang di Pulau Pinang sudah mencapai kepadatan maksimum dan tiada lagi kawasan untuk membuat penambahan di situ.

“Tentang rancangan KXP projek ini sudah masuk dalam senarai cumanya dari segi keutamaan kita perlu lihat balik di peringkat pusat.

“Keperluan adakan KXP juga wajar untuk dilihat semula bagi membantu lapangan terbang Pulau Pinang yang sudah sampai tahap maksimum.

“Jadi logik KXP dibangunkan untuk membantu bukan bersaing antara satu sama lain,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Kempen Derma Darah, di sini.

Beliau berkata sekiranya kerajaan tidak mempunyai dana untuk membangunkannya, pilihan lain boleh digunakan.

“Kita boleh guna pilihan untuk dapat duit laksanakan projek ini, kerana ia dalam perancangan sudah pasti ada nilai.

“Kalau kita tak ada kemampuan pembiayaan kita boleh bekerjasama dengan syarikat swasta atau sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, Exco Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Zamri Yusuf telah menyatakan KXP masih lagi tersenarai dalam projek kerajaan kerana mempunyai keperluan untuk membangunkannya.

Oleh : Jamilah Hamzah

Sumber : Sinar

          HUBUNGI : Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4 Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
1tel+604 774 4000 | 1fax +604 774 4166 | 1gps6.146159, 100.370402
1emel portalkedah[at]kedah.gov.my, korporatsuk[at]kedah.gov.my
                   

PENGIKTIRAFAN

3ISO
Peta Laman
| Notis Hakcipta | Penafian |
Bantuan W3C


Hakcipta © 2017 Kerajaan Negeri Kedah

1fb 1tweet 1blog 1utube 1rss      
 
  • Tarikh Kemaskini: 17/07/2018.