Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi
A- A A+

MDP TARIK SEMULA ALATAN SENAMAN

15MDP

PENDANG 15 Julai - Sikap sesetengah pengguna peralatan senaman di Taman Rekreasi Pendang, yang tidak bertanggungjawab menyebabkan pihak Majlis Daerah Pendang (MDP) menarik semula perkhidmatan tersebut.

Yang Dipertua MDP, Zaid Ahmad berkata, pihaknya sudah beberapa kali membaiki peralatan tersebut. Katanya, peralatan itu sentiasa rosak meskipun baharu sahaja dibaiki oleh pihak MDP selang beberapa hari berikutnya.

“Kos pembaikan menelan jumlah yang agak tinggi dan kita tidak boleh membiarkan ia berlarutan,” katanya.

Menurut Zaid, alat senaman ‘outdoor gym’ di taman berkenaan itu juga sudah tidak selamat digunakan.

“Kos penyelenggaraannya yang tinggi dan tidak dapat dilaksanakan menyebabkan pihak MDP terpaksa menarik semula alatan senaman ini bagi mengelakkan berlakunya kecederaan kepada orang awam,” katanya.

Menurut Zaid, kedudukan alatan senaman ini juga berada berdekatan alatan permainan kanak-kanak.

“Kita khuatir mereka bermain tanpa pengawasan ibu bapa dan akan mengalami kecederaan.

“Oleh yang demikian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, pihak MDP mengambil keputusan untuk menanggalkan semua peralatan senaman berkenaan,” katanya.

Tambah Zaid, setakat ini tiada peruntukan untuk pasang semula peralatan berkenaan dalam tempoh waktu terdekat.

“Memandangkan sikap pengguna yg tidak prihatin menjaga peralatan tersebut dan merosakkannya, tidak berbaloi untuk MDP memasang balik kemudahan tersebut,” ujarnya.

Oleh : Norjuliana Yaacob

Sumber : Sinar

          HUBUNGI : Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 4 Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
1tel+604 774 4000 | 1fax +604 774 4166 | 1gps6.146159, 100.370402
1emel portalkedah[at]kedah.gov.my, korporatsuk[at]kedah.gov.my
                   

PENGIKTIRAFAN

3ISO
Peta Laman
| Notis Hakcipta | Penafian |
Bantuan W3C


Hakcipta © 2017 Kerajaan Negeri Kedah

1fb 1tweet 1blog 1utube 1rss      
 
  • Tarikh Kemaskini: 17/07/2018.