Malay Arabic Chinese (Simplified) English
A- A A+

Kedah Sasar Bina Lebih 6,000 Rumah

1kedah

PADANG TERAP 1 Febuari - Kedah menyasarkan untuk membina lebih 6,000 buah rumah sepanjang 2015 bagi memastikan rakyat negeri ini mampu memiliki rumah sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, pembinaan rumah tersebut terdiri daripada pelbagai jenis merangkumi rumah mampu milik dan rumah kasih rakyat (kos rendah).

“Untuk makluman pada 2014 kerajaan negeri telah dapat membina sebanyak 12,987 unit rumah menjangkau sasaran kita iaitu hanya 6,000 unit setahun dan kita jangka tahun 2015 juga kita akan bina lebih dari 6,000 unit rumah. Advertisement

“Kita akan fokus untuk membina rumah mampu milik dan rumah kasih rakyat memandangkan melalui statistik Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri bahagian perumahan kira-kira 57 peratus rakyat mempunyai pendapatan bulanan antara RM1,000-RM4,000 dan kita mahu mereka memiliki rumah sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan rakyat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Padang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, Kuala Nerang di sini hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Pengerusi Jemaah Pemang­ku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah; Tunku Puan Temenggong Kedah, Puan Seri Tengku Maliha Tengku Ariff; Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurut Badrol Hisham, pada Mac ini juga majlis pecah tanah projek pembinaan rumah untuk penjawat awam di Bukit Pinang akan dijalankan dan perkara tersebut merupakan berita baik untuk semua penjawat awam di negeri ini.

“Sebanyak 990 unit akan dibina di situ dan ini merupakan peluang untuk mereka memiliki rumah sendiri kerana rumah yang ditawarkan di situ amat berpatutan iaitu sekitar RM140,000 hingga RM200,000,” jelasnya.

Sementara itu, Badrol Hisham memberitahu, kira-kira 10,000 orang telah hadir memeriahkan majlis jamuan rakyat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini.

"Pelbagai acara menarik telah diatur dan kehadiran ramai rakyat membuktikan kasih sayang semua kepada Tuanku Sultan tidak berbelah bahagi.

"Kita berharap acara sebegini dapat terus menyemarakkan dan menyemai sikap menghormati institusi diraja di kalangan generasi muda," ujarnya.

Oleh : Safina Ramli

Sumber : Utusan

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah.

Tel: 04-774 4000

Fax: 04-774 4166

Email:portal@kedah.gov.my

MOBILE

  • QrCodeportal

    Scan QR KOD


  • QRKedahApps

    Kedah Apps

PELAWAT

056429
Hari IniHari Ini1100
SemalamSemalam1269
Minggu IniMinggu Ini7872
Bulan IniBulan Ini35396
KeseluruhanKeseluruhan56429

KEMASKINI

Tarikh
General update: 26-02-2015 07:29

 

 Pautan Negeri

pautanpng