A- A A+
Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Sembilan Sekolah Pondok Tidak Ikut Piawaian

1sembilan

ALOR SETAR 29 Febuari - Sembilan sekolah pondok dan Maahad Tahfiz yang diperiksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah didapati tidak mengikut piawaian keselamatan yang betul.

Pengarah JBPM Kedah, Ahmad Shahabuddin berkata, dalam tempoh Januari dan Februari, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan dan program mencegah kebakaran di sembilan premis terlibat dan mendapati kesemuanya gagal mengikut piawaian yang sepatutnya.

Beliau berkata, tumpuan diberikan kepada sekolah tersebut kerana alat pemadam api, pili bomba, jalan keluar keselamatan, struktur bangunan dan sistem pendawaian elektrik tidak mengikut garis panduan sempurna.

"Kita akan keluarkan surat nasihatkan mereka baiki kelemahan yang ada pada premis berkenaan seperti pendawaian elektrik dan struktur bangunan bagi mengelak berlakunya kebakaran atau kejadian yang boleh meragut nyawa.

"Untuk rekod kita ada 136 sekolah pondok, Maahad Tahfiz dan sekolah agama termasuk sekolah agama bantuan kerajaan yang berdaftar dengan JBPM.

"Kita juga akan lakukan pemeriksaan terhadap bangunan sekolah agama yang tidak berdaftar dengan kita untuk melihat tahap keselamatan di sana," katanya selepas merasmikan Program Penghapusan Bahaya Kebakaran di sini, hari ini.

Seramai 48 mudir Maahad Tahfiz hadir pada program itu dengan mereka diberi penerangan dan latihan awal mengenai cara menangani kebakaran dengan betul.

Ahmad berkata, pihaknya juga turut menjalankan latihan mencegah kebakaran kepada pelajar sekolah agama untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran serta cara menanganinya dengan betul.

"Ini inisiatif kita masuk ke sekolah agama untuk beri pendedahan awal agar mereka lebih bersedia sekiranya berhadapan situasi kebakaran di sekolah," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata statistik menunjukkan sebanyak 686 kes kebakaran melibatkan kebun, hutan dan belukar dari 1 Jan hingga hari ini, akibat cuaca panas dan kering, iaitu peningkatan 56 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, sebanyak 164 kes kebakaran dicatatkan pada Jan tahun ini berbanding 139 pada Januari tahun lepas, manakala 522 kes bagi Februari tahun ini berbanding 491 bagi tempoh sama tahun lalu.

Sumber : Sinar

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-774 4000 | Fax: 04-774 4166
Email: 

portal[at]kedah[dot]gov[dot]my
korporatsuk[at]kedah[dot]gov[dot]my


Peta Lokasi

Adakah informasi di dalam Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah bermanfaat kepada anda?
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
  • Votes: 0%
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
Powered by Sexy Polling
 

PAUTAN

mygoverment-png 1malaysia-png HRMIS msc
MAMPU JPA Puatan  
PENGIKTIRAFAN
ISO