Saiz Teks
Malay Arabic Chinese (Simplified) English

Alternative flash content

Requirements

21 Aug, 2014

Syor Wujud Timbalan MB Kedah

May 8, 2013   PETIKAN BERITA

ALOR SETAR 7 Mei – Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar baharu, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar bagi melicinkan perjalanan pentadbiran ke arah Kedah maju.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, jawatan itu jika ingin diwujudkan, bagaimanapun memerlukan pindaan perlembagaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dengan sokongan majoriti dua pertiga ahli DUN.

Katanya, Menteri Besar yang mempunyai pelbagai fungsi memerlukan seorang timbalan bagi meringankan bebanan beliau menguruskan pentadbiran negeri.

”Dengan meletakkan seorang yang mempunyai pengalaman luas boleh membantu melicin dan mengukuhkan pertadbiran kerajaan negeri bagi meningkatkan kerancakan pembangunan Kedah demi manfaat rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN