Badrulhisham

ENCIK BADRULHISHAM BIN HJ. SULAIMAN
AMK., BCK.

Pengarah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (JITU)
Emel : badrulhisham[at]kedah.gov.my

 

Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Komitmen kerajaan dalam meningkatkan integriti dan mengekang jenayah rasuah di kalangan pegawai awam jelas menerusi pelaksanaan pelbagai dasar dan program yang diperkenalkan sejak sedekad lalu. Antaranya menjadikan rasuah sebagai salah satu daripada bidang penting yang ditekankan dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA Berkaitan Rasuah.

 

Ke arah ini, kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam.Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

 

 

Hubungi:

Pengarah
Jabatan Integriti Dan Tadbir Urus (JITU)
Aras 1, Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

Tel : 04-702 7000
Faks : 04-702 8200