Objektif atau tujuan Majlis Sukan Negeri Kedah  ditubuhkan adalah berdasarkan akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971, perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual Kedua) 1988 adalah seperti berikut:-

Untuk memajukan sukan dalam negeri dengan usaha dan mempertingkatkan prestasi atlet-atlet  dari peringkat akar umbi bagi menyertai pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Mengadakan kemudahan insfrastruktur dan prasarana yang mencukupi bagi kemajuan sukan di peringkat daerah dan negeri.

Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pemimpin sukan tempatan.

Membantu memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan sukan peringkat daerah dan negeri serta merancang bersamanya perlaksanaan program pembangunan sukan diperingkat negeri dan daerah.

Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan di bawah tanggungan dan tanggungjawab majlis.

Menyelaras penyertaan dan persiapan kontinjen negeri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA).