tsukbpen

YBhg. Dato' Haji Norizan Bin Khazali
DSDK., AMK., BCK.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel : 04 702 7000


BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 

BPEN Kedah telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1973. Penubuhan BPEN adalah hasil arahan Perdana Menteri Malaysia Kedua iaitu Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak. BPEN di beri peranan membuat perancangan dan menyelia pembangunan di peringkat Negeri bagi mencapai dasar-dasar pembangunan Negara.

 

Sejak penubuhannya, BPEN telah menggubal pelan jangka panjang pembangunan Negeri Kedah seperti berikut : 

a) Pelan Kedah Perlis Development Study (Tahun 1975 hingga 1990)

b) Pelan Kedah Development Action Plan (Tahun 1990 hingga 1999)

c) Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 (Tahun 2000 hingga 2010)

d) Pelan Strategik Kedah Sejahtera (Tahun 2010 hingga 2015)

 

Selain itu BPEN juga menyediakan senarai projek-projek pembangunan di Bawah Rancangan 5 tahun di bawah Pembiayaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

 

Hasilnya, Kedah menikmati Transformasi Ekonomi daripada Pertanian Sara Diri kepada Pertanian Komersial, Industri Pembuatan dan Perkhidmatan. Kemudahan Prasarana dan Ameniti Sosial telah disediakan di semua kawasan. Kualiti hidup rakyat telah meningkat.

 

Mulai tahun 2010, Kerajaan Negeri menyediakan perancangan program pembangunan yang lebih komprehensif untuk melonjakkan pendapatan dan kesejahteraan rakyat.


Hubungi:

 

Pengarah
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN)

Aras 3, Blok B, Wisma Darul Aman
05530 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

 

Tel    : 04 - 702 7000
Fax   : 04 - 702 7200
Emel : upen[at]kedah.gov.my