tsukkp

YBhg. Dato' Haji Syed Shaharuddin Bin Syed Abdullah
DSDK., AMK., AMN., BCK.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) / Ketua Pegawai Maklumat Negeri Kedah (CIO)

Emel : shaharuddin[@]kedah.gov.my
Tel : 04-702 7000


Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan salah satu daripada sepuluh bahagian yang terdapat di dalam organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Merujuk kepada kelulusan waran Perjawatan, Surat Kelulusan Perjawatan [B (31.00) 202/1/2 – Jilid.12 (62) bertarikh 13 Januari 2009, Cawangan Am Pentadbiran telah ditukar nama kepada Bahagian Khidmat Pengurusan. Ia merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan Kewangan, Pengurusan Majlis dan Protokol, Pentadbiran dan Pengurusan Bangunan dan Aset. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kanan (Pengurusan) dan dibantu Penolong Setiausaha Kerajaan Kanan (Khidmat Pengurusan) yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). Bahagian ini meliputi empat seksyen iaitu:-

¨      Seksyen Pentadbiran Am

¨      Seksyen Kewangan

¨      Seksyen Pengurusan Majlis & Protokol

¨      Seksyen Pengurusan Bangunan & Aset

 

 

Pembangunan modal insan menjadi keutamaan Bahagian Khidmat Pengurusan dalam melahirkan warga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas serta memiliki etika kerja yang positif melalui latihan dan pembelajaran berterusan.

 

 

Hubungi:
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Aras 2, Blok B
Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

 

Tel    : 04-702 7000
Fax   : 04-702 7300

Emel : am[at]kedah.gov.my