Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi
A- A A+
-1. Prakata Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Prakata 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam 1 Malaysia
Salam Kedah Aman Makmur
Salam Kedah Serata-Rata

Segala puji bagi Allah SWT. Tuhan sekalian alam yang telah melimpahkan segala nikmatNya ke atas setiap hambaNya. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulillah saya bersyukur dengan izinNya, Pelan Strategik 2014 hingga 2018 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah berjaya disiapkan.

       datossframe

Selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Ketua Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman, pelan ini merupakan watikah asas panduan kepada seluruh penjawat awam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman khususnya serta seluruh penjawat awam Negeri Kedah Darul Aman dalam menuju kepada sebuah perkhidmatan awam yang terbaik melalui transformasi menyeluruh menjelang tahun 2018.

Pelan Strategik ini merupakan pelan yang menyeluruh yang mana telah mengalami pelbagai evolusi perubahan dan rombakan besar dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk Amanat 100 Hari YAB Dato’ Seri Menteri Besar, Ucapan Bajet 2014 dan Makmal Transformasi Ekonomi. Malahan, ianya adalah merupakan gabungan holistik beberapa idea, asas dan gagasan utama pentadbiran dalam memastikan pentadbiran awam negeri dapat meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan bagi memenuhi hasrat dan ekspektasi tinggi daripada pelanggan dan stakeholders serta berada di landasan yang sama dalam memacu transformasi Negeri Kedah Darul Aman yang tercinta ini.

Harapan saya agar segala teras, strategi dan pelan tindakan yang telah dizahirkan di dalam pelan ini akan dijadikan panduan serta pedoman oleh semua pihak dalam menjayakan semua agenda transformasi Negeri Kedah Darul Aman. Semoga segala usaha murni dan usaha gigih yang telah dan bakal kita lakukan mendapat keredhaan dan keberkatan di sisi Allah SWT jua.

Sekian, Wabillahitaufi Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.


KEDAH AMAN MAKMUR
BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI

YANG BERHORMAT
DATO' JAYA BUDIMAN DATO’ PADUKA HAJI MOHD PUAT BIN HAJI MOHD ALI
DHMS.,DGMK., DSDK., AMK., AMN., BCK., BPL.

Setiausaha Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman

-2. Fungsi Pejabat Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Peranan Pejabat Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai nadi penggerak dasar-dasar pembangunan sosio ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Negeri semakin mencabar dari semasa ke semasa. Sejajar dengan perkembangan sektor perkhidmatan awam diperingkat persekutuan dan juga didunia, PSUK turut berhadapan dengan cabaran-cabaran baru dan ekspektasi yang tinggi dari stakeholders dan pelanggana.

-3. Nilai Teras

Nilai Teras

  1.     Integriti
  2.     Disiplin
  3.     Komitmen
  4.     Intelektual
  5.     Taat Setia
  6.     Kualiti
  7.     Inovasi
  8.     Semangat Berpasukan

-4. Punca Kuasa, Stakeholder Dan Peranan

PUNCA KUASA

  1.     PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  2.     UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI
  3.     AKTA PROSEDUR KEWANGAN, 1957
  4.     PERINTAH-PERINTAH AM
  5.     ENAKMEN KERAJAAN NEGERI
  6.     KEPUTUSAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
  7.     PEKELILING-PEKELILING KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN
  8.     PERATURAN-PERATURAN PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH (KELAKUAN DAN TATATERTIB)
  9.     AKTA PENCEN 1980
  10.     LAIN-LAIN AKTA DAN ENAKMEN YANG BERKAITAN


STAKEHOLDER

  1.     KDYMM Tuanku Sultan & KDYMM Tuanku Sultanah
  2.     YAB Menteri Besar
  3.     YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
  4.     YB Setiausaha Kerajaan Negeri

 

PERANAN

  1. Melaksanakan agenda transformasi negeri berteraskan kepada dasar-dasar makro dan sektoral sejajar dengan visi serta misi negeri dan Negara

  2. Menyelaras pembuatan keputusan kerajaan negeri dan persekutuan berasaskan kepada dasar atau polisi negeri dan persekutuan bagi memastikan pelaksanaan ke atas keputusan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna

  3. Menyelaras perhubungan dua pihak berkepentingan iaitu stakeholders dan pelangggan dalam memastikan kerajaan dapat menyampaikan perkhidmatan yang terbaik demi kemakmuran rakyat

  4. Memastikan kecemerlangan Perkhidmatan Awam Negeri Kedah melalui pemantapan pembangunan modal insan serta pembudayaan ICT

  5. Memantau dan mengawal selia pembangunan pentadbiran daerah, tanah dan kerajaan tempatan meliputi 12 daerah di Negeri Kedah Darul Aman

 

-5. Teras Strategik

Teras Strategik

  1. Memantapkan Program Transformasi Ekonomi Bagi Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat
  2. Memperkasakan Transformasi Sosial Ke Arah Keharmonian Dan Kemakmuran Rakyat
  3. Memperkukuhkan Sistem Perancangan Dan Pembangunan Perbandaran Bagi Memacu Daya Saing Negeri
  4. Memantapkan Sistem Tadbir Urus Dan Pembudayaan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Sistem Penyampaian Perkhidmatan
  5. Memperkukuhkan Kapasiti Dan Pembudayaan Kerja Berprestasi Tinggi Ke Arah Kecemerlangan Organisasi

-6. Visi, Misi Dan Moto

VISI

Menjadi sebuah perkhidmatan awam yang terbaik melalui transformasi menyeluruh menjelang 2018

MISI

Menggerakkan agenda transformasi untuk pembangunan sosio ekonomi dan pentadbiran negeri yang inovatif demi kemakmuran rakyat

MOTO

Transformasi Perkhidmatan Teras Kemakmuran Rakyat

-7. Pelan Strategik 2014-2018

pelanstrategikpsuk

Pelan Strategik 2014-2018

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

-8. Carta Organisasi SUK

http://psuk.kedah.gov.my/psuk/imej/cartaOrgSUK.jpg

11. Wargakerja SUK
12. Lokasi Kami
Tahun Melawat Kedah 2016
1
1
5
5
4
4
Days

HUBUNGI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel: 04-774 4000
Fax: 04-774 4166

Email: portal[@]kedah[dot]gov[dot]my

MOBILE

  • QR Code www kedah

    QR Code Versi Mobile

  • QRKedahApps

    Kedah Apps

PELAWAT

375926
Hari IniHari Ini684
SemalamSemalam3333
Minggu IniMinggu Ini13157
Bulan IniBulan Ini85770
KeseluruhanKeseluruhan375926

KEMASKINI

Tarikh
General update: 27-07-2015 07:04

                            

1malaysia-png msc MyGovernment JPA HRMIS MAMPU MyGovMobile

 

 Pautan Negeri

pautanpng