maznim 

PUAN MAZNIM BIN ISMAIL, AMK., BCK.
Ketua Audit Dalam
Emel : maznim[at]kedah.gov.my

Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2000 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979. Pekeliling ini telah digantikan dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004 dan mula berkuatkuasa pada 12 Oktober 2004. Pekeliling yang baru ini bermatlamat memperkemaskan lagi peranan Unit Audit Dalam di mana ianya menyatakan dengan jelas tentang peranan dan tanggungjawab Unit Audit Dalam, Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku Ketua Eksekutif dan Kementerian Kewangan.

 

Unit Audit Dalam adalah bertanggungjawab secara terus kepada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman di mana segala perancangan dan pelaporan auditan yang direncanakan mestilah dilapor dan dilluluskan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.

 

Hubungi:

Unit Audit Dalam
Pejabat Setiausaha Kerajaan(Unit Audit Dalam)
Aras 2, Blok B, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

 

Tel.   : 04-702 7000
Fax   : 04-702 8300
Emel : uad[@]kedah[dot]gov[dot]my